Sunday 10 October 2010

Hipertensi Dan Well3 Omega 3





Apakah hipertensi dan apakah puncanya?

Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah darah yang tekanan tinggi di dalam arteri. Arteri adalah pembuluh yang membawa darah dari jantung ke semua tisu dan organ tubuh badan kita. Tekanan darah yang normal adalah di bawah 120/80; tekanan darah antara 120/80 dan 139/89 dikenali sebagai “pra-hipertensi”, dan tekanan darah 140/90 ke atas dianggap tinggi. Dalam 95% kes hipertensi, puncanya tidak diketahui yang menyebabkan ia digelar “pembunuh dalam senyap”. Dalam 5% kes lain, punca spesifik dikenali dan pesakit dikatakan mengidap “hipertensi sekunder” yang puncanya termasuklah kegagalan fungsi buah pinggang, pengecilan arteri ke buah pinggang dan pelbagai masalah hormon lain.

Bagaimana pengecilan arteri berlaku?


Pengecilan dinding arteri, yang dikenali sebagai Aterosklerosis atau ateroma, adalah proses pengerasan arteri. Semasa kecil, pembuluh darah kita kenyal dan elastik dan darah dapat mengalir dengan mudah melaluinya. Apabila umur kita semakin meningkat, mendapan lemak mula terkumpul pada dinding arteri dan perlahanlahan
membentuk gumpalan-gumpalan yang menyumbat arteri, seterusnya mengurangkan kelancaran pengaliran darah melaluinya.

Apakah pemakanan terbaik untuk
menyingkirkan mendapan lemak dalam arteri?

Persatuan Jantung Amerika Syarikat dan Institut Kanser Nasional menyarankan rancangan pemakanan menyeluruh yang menekankan jenisjenis makanan yang patut dimakan dan bukannya jenis-jenis makanan yang patut dielakkan. Buahbuahan, sayur-sayuran, karbohidrat kompleks dan produk tenusu rendah lemak secara relatifnya lebih rendah lemak, lemak tepu, kolesterol dan garam serta lebih tinggi kandungan potasium, magnesium serta kalsium berbanding diet biasa.

Apakah makanan tambahan terbaik untuk
hipertensi bagi mengurangkan Lipoprotein Ketumpatan Rendah (LDL)?

Omega-3 terkenal dengan keupayaannya mengawal hipertensi. Omega-3 mempunyai
fungsi mencairkan darah yang dapat menghalang pengerasan arteri. Kelebihan ini menjadikan minyak omega-3 nutrien yang berkhasiat untuk mengurangkan hipertensi dan penyakit jantung lain seperti aterosklerosis, penyakit Reynard, serangan sakit jantung dan strok.


BiodataDr. Tee E Siong
• President of Nutrition Society of Malaysia.
• Nutrition Consultant for TES NutriHealth Strategic Consultancy.
• Former Head of the Cardiovascular, Diabetes and Nutrition Research Centre of the
Institute for Medical
Research (IMR) in Kuala Lumpur.




No comments:

Post a Comment