Tuesday 16 February 2010

Minda Yang Sihat

Apakah Nilai Minda Yang Sihat?


  • Sahsiah Diri
Minda yang sihat menghargai pencapaian diri dan menerima kelemahan diri. Minda yang terganggu boleh menyebabkan rasa rendah diri, penampilan diri yang negatif, perasaan benci yang kuat terhadap diri sendiri, perasaan marah, meluat dan rasa tidak diperlukan yang berlebihan-lebihan yang boleh menyebabkan kemurungan melampau, ganguan psikososial atau ganguan makan.

  • Pendidikan
Pelajar yang mengalami gangguan minda tidak suka bergaul, mudah merasa resah serta sukar menumpukan perhatian. Minda yang sihat memastikan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh bagi meningkatkan kemahiran sosial dan intelek yang mencetus keyakinan diri dan kecemerlangan akademik.

  • Hubungan Sesama Manusia
Minda yang terganggu boleh menghalang interaksi dengan ahli keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja. Kebanyakkan orang yang mengalami gangguan minda sukar memberikan komitmen atau keintiman serta kerap berdepan dengan isu kesihatan seksual.

  • Corak Tidur
Ketidakupayaan menangani stres atau keresahan boleh menyebabkan insomnia (susah tidur). Sekiranya pengidap imsomnia dapat tidur, mereka tidak dapat tidur dengan nyenyak dan sering terjaga malam serta memikirkan masalah kelmarin atau kemungkinan hari esok. Mereka mungkin akan memupuk ganguan tidur yang kronik lalu menyebabkan kelesuan dan kurang produktiviti