Tuesday 24 November 2009

PIRAMID MAKANAN






Aras Kumpulan Makanan

Nilai Khasiat

Cadangan Pemakanan

Contoh Satu(1) Sajian

Aras 1:

Bijirin, produk bijirin dan ubi

  • Sumber karbohidrat kompleks yang baik
  • Membekalkan vitamin, mineral, serat dan protein
  • Rendah lemak

8 - 12 sajian

  • 1/2 cawan nasi (putih atau perang)
  • 1/2cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
  • 1/2 keping capati
  • 1/2 cawan keledek/ubi kayu/keladi

Aras 2:

Buah-buahan dan sayur-sayuran

  • Sumber vitamin, mineral dan serat yang baik

3 - 5 sajian

Sayur-sayuran:

  • 1/2cawan sayur berdaun hijau tua bersama batangnya (dimasak)
  • 1/2 cawan sayur buah/berakar (dimasak)

Buah-buahan:

  • 1/2 cawan jambu berukuran sederhana
  • 1 hiris betik/nanas

Aras 3:

Susu dan hasil tenusu (kecuali susu pekat, mentega dan krim)

Ikan, ayam, daging dan kekacang

  • Sumber kalsium yang baik
  • Sumber protein yang penting
  • Sumber protein yang baik
  • Kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink
  • Kekacang juga kaya dengan magnesium dan serat

1 - 2 sajian

2 - 3 sajian

  • 1 gelas susu
  • 1 cawan dadih
  • 1 keping keju
  • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
  • 1 ekor ikan kembong saiz sederhana
  • 2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
  • 5 sudu besar ikan bilis
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan kacang kering/kekacang

Aras 4:

Lemak, minyak, gula dan garam

  • Lemak dan minyak mengandungi asid lemak (EFAs) dan vitamin A, D, E dan K
  • Gula (Contoh: madu, gula pasir, sirap, gula perang dan glukosa) memberi kalori yang sedikit atau tiada zat

Jumlah sedikit




Makanan di bawah ini diutamakan kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral, gentian dan komponen lain yang penting untuk kesihatan.


Beras, oat, barli, jagung, sekoi, gandum dan produk masing-masing adalah sumber tenaga dan protein yang bagus. Produk bijirin-penuh mengandungi lebih zat besi, fosforus, vitamin B (tiamin, niasin & riboflavin) dan gentian.


Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya – yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempeh, protein sayuran bertekstur dan taugeh.


Setiap hari, cuba pilih sekurang-kurangnya satu jenis buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A atau karotenoid. Sumber yang baik adalah sayur-sayuran hijau (sawi, bayam dan kailan), lobak, tomato, keledek, mangga, betik atau tembikai. Juga, cuba makan satu pilihan yang kaya dengan vitamin C setiap hari. Pilihan boleh termasuk jambu, betik, oren, mangga atau belimbing. Untuk mendapat asid folik, makanlah sayuran hijau, kacang pea, kacang bendi dan jagung manis.

Thursday 19 November 2009

WELL3 Life Enzyme


 
Pengenalan
Tumbuh-tumbuhan yang melalui proses bertunas, berbuah, mati serta reput dan binatang yang mengalami proses pembentukan, tumbesaran termasuk menjalankan penghadaman dan penyerapan semuanya memperlihatkan bagaimana enzim berfungsi dalam kehidupan.

Pada umumnya enzim hadir secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Bekalan enzim daripada sumber makanan dapat meringankan bebanan organ-organ di dalam tubuh manusia, malangnya tabiat mengambil makanan yang telah dimasak , memusnahkan enzimdari sumber makanan seterusnya membebankan organ dan dalam sesetengah keadaan menyebabkan kekurangan enzim seterusnya meningkatkan kegagalan fungsi sesetengah organ. Oleh yang demikian pengambilan enzim tambahan merupakan alternatif yang baik.

Apa itu CNI Life Enzyme?

CNI Life Enzyme atau enzim ialah sejenis protein kompleks yang unik dan merupakan makanan tambahan yang bertindak sebagai pemangkin yang penting untuk metabolisma dan pelbagai perubahan kimia dalam tubuh manusia supaya seluruh sistem tubuh dapat berfungsi dengan sempurna. Kekurangan enzim akan membantutkan tumbesaran, menghalang proses penghadaman, penghasilan tenaga dan lain-lain.

Spesifikasi:
1) 30 paket X 4g/Kotak
2)120 paket X 4g/Kotak

Kandungan
Jagung, gandum, nanas, kacang putih, betik, pisang, rumpai laut, germa padi, tomato, labu, burdock, formosanus.

Keistimewaan CNI Life Enyzme.
1. Keaktifan yang tinggi

Keaktifan ialah daya penggerak enzim. Lumrahnya keaktifan enzim akan hilang pada suhu 50ºC ke atas tetapi dalam kes CNI Life Enzyme, keaktifannya bukan saja tidak hilang malah 3 kali lebih aktif dari suhu biasa dan masih aktif walau suhu ditingkatkan hingga 80ºC

2. Kemantapan.

Kemantapan enzim mudah terpengaruh oleh kelembapan dan perubahan suhu. Kebanyakan enzim memerlukan sirap dan bahan penstabil untuk memantapkan keaktifannya tetapi CNI Life Enzyme tidak memerlukan bahan-bahannya malah mengekalkan keaktifan hingga 10 tahun dan ke atas

3. Keselamatan pengambilan.

Life Enzyme tidak mengandungi bahan pengawet, agen antioksida, sakarin, pewarna, perisa, enzim haiwan, logam berat, sisa-sisa racun rumpai, antibiotik, kuman patogenik dan sebarang ubat serta dadah. Enzim adalah makanan murni dan bersih, dihasilkan sepenuhnya daripada sumber buah-buahan dan sayur-sayuran semulajadi.

 
Fungsi-fungsi utama enzim:

Menyelaraskan persekitaran dalaman tubuh badan.

Life Enzyme bertindak mengalkalikan darah ke paras normal, menghapuskan sisa-sisa di dalam tubuh badan, memelihara keseimbangan bakteria dalam usus, menyihatkan sel-sel, mendorong pencernaan, meningkatkan daya ketahanan, mengekalkan keseimbangan tubuh badan secara menyeluruh.

Kuasa penguraian.

Membantu mengurai dan mengolah makanan agar nutrien dapat diserap secara sempurna oleh perut dan usus. Oleh demikian masalah ketidakhadaman & kekurangan zat makanan dapat dielakkan.

Anti bakteria
Enzim berkuasa membunuh bakteria di samping menggalakkan penghasilan sel-sel baru untuk menyembuhkan penyakit dari akar umbinya.

Anti radang

Radang berlaku apabila sel-sel yang cedera dijangkiti bakteria. Enzim sendiri tidak dapat menyembuhkan radang. Ia bertindak mengangkut dan meningkatkan fungsi sel-sel darah putih yang kemudian memberikan kuasa kepada sel-sel yang tercedera/ radang untuk sembuh.

Membersihkan darah

Mengurai dan menyingkirkan sisa-sisa metabolisma seperti lemak dan kolesterol, asid urik di dalam darah, seterusnya melancarkan peredaran darah. Life Enzyme juga berperanan menguraikan bakteria dan fungus di dalam darah.

Kuasa membina sel-sel baru

Merangsang metabolisme sel-sel tubuh badan, meningkatkan stamina tubuh badan dan menggalakkan pertumbuhan semula sel-sel yang telah rosak.

Saranan Pengambilan:
1 paket ½ jam sebelum sarapan +100 ml air suam
1 paket sebelum tidur (perut kosong) + 100ml air suam
Anda boleh juga Lihat:
Berita Harian pdf: Well 3 Life Enzyme




Majalah Tiga TV3 - CNI Life Enzyme




cni life enzyme

Wednesday 11 November 2009

Apa Itu Gout?

Apa itu Gout?


Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

  • Serangan akut (tiba-tiba).
  • Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:

1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.


2.Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.


3.Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Makanan yang patut di elakkan ialah:-
  • Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
  • Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
  • Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
  • Daging merah.
  • Cendawan.
  • Yis (roti putih, roti manis).