Wednesday 5 January 2011

Well 3 Royal Pollen Plus


Debunga adalah hasil yang dikutip oleh lebah madu daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan.Debunga lebah kayadengan vitamin, terutamanya pelbagai jenis vitamin B dan sedikit kandungan garam galian, asid amino dan enzim-enzim.

Walau bagaimanapun, lokasi serta sumber debunga diperolehi akan menyebabkan jumlah kandungan vitamin dan garam galian berbeza-beza.

Ciri-ciri Unggul Well3 Royal Pollen Plus:


  • Debunga produk kami diperolehi daripada bunga canola di sekitar Tasik QingHai di Penara Tibet yang terkenal dengan persekitarannya yang terpelihara. Debunga canola kaya dengan khasiat protein dan lemak berguna.


  • Well3 Royal Pollen Plus menggunakan teknologi Nano bagi menghasilkan debunga bersaiz nano. Ini membantu meluaskan kawasan permukaan biji debunga untuk meningkatkan serapan.


  • Ginseng telah dibuktikan secara saintifik dapat membantu mengurangkan kepenatan, menambah daya ketahanan dan memperbaiki koordinasi serta masa tindakbalas kerana keupayaannya mengawalatur sistem saraf utama.

Bungkusan : 300mg x 60 capsules

Harga :
 RM75.60(EM) RM75.60

Menyingkap Sumber Keremajaan

Well3 Royal Propolis

Protein, asid amino, vitamin, garam galian dan flavonoid yang terdapat dalam propolis menjadikannya suplemen kesihatan lengkap yang ideal untuk kesihatan optima. Propolis turut dipercayai memberi kesan anti-mikrob dan anti-radang.


Ciri-ciri unggul Well3 Royal Propolis :

Ekstraksi Superkritikal CO2

Superkritikal CO2 adalah kaedah ekstraksi baru yang menjimatkan tenaga dengan kesan yang kurang kepada persekitaran. Proses ini secara relatifnya menggunakan suhu yang rendah dan kestabilan CO2 membolehkan kebanyakan sebatian yang diekstrak mempunyai risiko yang rendah terhadap kerosakan atau ternyahasli. Kaedah ekstraksi CO2 turut menjana lebih banyak hasil dan kepekatan ekstrak yang lebih tinggi.

Berbentuk Cecair

Propolis wujud secara semula jadi dalam bentuk pepejal keras yang terdiri daripada damar tumbuh-tumbuhan, lilin, madu dan enzim. Ia digunakan oleh lebah untuk mengukuhkan kain serta memperbaiki struktur sarang lebah. Beberapa bahan aktif dalam propolis masih tidak dapat diserap oleh badan yang sihat walau pun ia diubah menjadi serbuk. Propolis berbentuk cecair adalah yang terbaik untuk digunakan badan secara maksima.

Bungkusan : 250mg x 60 softgel

Propolis dan Manfaatnya Kepada Tubuh Badan