TIADA ENZIM, TIADALAH KEHIDUPAN
APAKAH ENZIM?
Enzim ialah pemangkin yang bertanggungjawab terhadap tindakbalas biokimia benda hidup (termasuk haiwan, tumbuhan, mikroorganisma) seperti sintesis, penguraian, pengoksidaan, pemindaan dan isomerisasi. Tanpa enzim, kekurangan enzim atau kesmusnahan enzim, fenomena biotik akan berhenti, DNA akan mengalami perubahan mendadak, penyakit-penyakit ganjil akan timbul, metabolisme menjadi tidak normal dan sebagainya. Justeru itu, kita mengatakan bahawa "fenomena biotik ialah fenomena aktiviti enzim".
SEBAB-MUSABAB TUBUH BADAN MANUSIA KEHILANGAN ENZIM
Pencemaran udara, air, tanah, makanan, bunyi dan pencemaran-pencemaran lain telah membawa kerosakan yang semakin hari semakin serius kepada bumi ini. Turut terancam ialah kesihatan manusia yang kini terdedah kepada pelbagai penyakit yang lebih dahsyat dan menggerunkan. Selain daripada itu, faktor-faktor yang berikut juga adalah punca tubuh badan manusia kehilangan enzim:
Pencemaran udara, air, tanah, makanan, bunyi dan pencemaran-pencemaran lain telah membawa kerosakan yang semakin hari semakin serius kepada bumi ini. Turut terancam ialah kesihatan manusia yang kini terdedah kepada pelbagai penyakit yang lebih dahsyat dan menggerunkan. Selain daripada itu, faktor-faktor yang berikut juga adalah punca tubuh badan manusia kehilangan enzim:
- Peningkatan usia
- Diet dan gaya hidup yang tidak sihat
- Selsema dan demam
- Pengambilan makanan yang diproses atau dimasak dengan keterlaluan
- Emosi yang tidak stabil dan tekanan jangka panjang
- Suka pada makanan atau minuman bersifat teruja seperti arak
- Mengandung
- Bersenam melebihi batas
- Terlalu gemuk
- Cuaca yang buruk dan lain-lain lagi
6 FUNGSI KESIHATAN LIFE ENZYME
Bertindak
mengalkalikan darah ke paras rendah, menghapuskan buangan di dalam
tubuh badan, memelihara keseimbangan bakteria dalam usus, menyihatkan
sel-sel, mendorong pencernaan, meningkatkan daya ketahanan dan
mengekalkan keseimbangan tubuh badan secara menyeluruh
ANTI-RADANG (ANTI KANSER)
Radang
berlaku apabila sel-sel yang cedera dijangkiti bakteria. Enzim sendiri
tidak dapat menyembuhkan radang tapi bertindak mengangkut dan
meningkatkan fungsi sel-sel darah putih yang kemudian memberikan kuasa
kepada sel-sel yang tercedera untuk sembuh
KUASA PENGURAIAN
Enzim
menyingkirkan buangan metabolisme yang terkumpul di tempat bermasalah
dan yang terkumpul di dalam darah untuk memulihkan fungsi asalnya. Ia
juga membantu pencernaan dan penyerapan makanan
ANTI BAKTERIA
Enzim berkuasa membunuh bakteria di samping menggalakkan penghasilan sel-sel baru untuk menyembuhkan penyakit dari akar umbinya
MEMBERSIHKAN DARAH
Menyingkirkan
buangan metabolisme di dalam darah, menguraikan virus yang menyebabkan
radang, menguraikan kolesterol dalam darah berasid dan mengekalkan paras
alkali yang rendah agar darah mengalir dengan lancar
KUASA MEMBINA SEL-SEL BARU
Merangsang
metabolisme sel-sel tubuh badan, meningkatkan stamina tubuh badan dan
menggalakkan pertumbuhan semula sel-sel yang telah rosak.
3 CIRI KEUNGGULAN LIFE ENZYME
Keaktifan Yang Tinggi
Keaktifan
ialah asas kekuatan enzim. Lumrahnya keaktifan enzim aka hilang pada
suhu 50'C ke atas tetapi dalm kes Life Enzyme, keaktifannya bukan saja
dikekalkan malah menjadi semakin aktif. Apabila suhu ditingkatkan kepada
80'C, keaktifannya adalah 3X lebih tinggi daripada suhu biasa.
Keaktifannya mampu kekal mantap selama 10 tahun.
Kemantapan
Keaktifan
enzim mudah dipengaruhi oleh kelembapan dan suhu yang tinggi. Namun
demikian, Life Enzyme tidak memerlukan sirap dan sebarang bahan
penstabil untuk memantapkan keaktifannya. Simpan di tempat yang kering
dan nyaman, keaktifan mampu kekal mantap selama 10 tahun ke atas.
Keselamatan Pengambilan
Bersumberkan
buah-buahan dan sayur-sayuran yang semulajadi, tanpa bahan pengawaet,
agen antioksida, sakarin, pewarna, perisa dan tanpa enzim haiwan, juga
tidak mengandungi logam berat, saki-baki racun rumpai, antibiotik, kuman
patogenik dan sebarang ubat-ubatan. Life Enzyme ialah enzim tambahan
yang murni dan bersih
BAHAN-BAHAN
MENTAH LIFE ENZYME ADALAH SEPERTI JAGUNG, GANDUM, NENAS, KACANG PUTIH,
BETIK, PISANG, RUMPAI LAUT, GERMA BERAS, TOMATO, LABU, BURDOCK DAN
FORMOSANUS
GEJALA TINDAKBALAS (Tanda Pemulihan & Perkumuhan Toksin)
"Tindakbalas
enzim" berlaku kerana enzim dapat menguatkan daya pemulihan semulajadi
tubuh badan dan seterusnya bertindak ke atas sel-sel, organ atau darah
yang bermasalah untuk menawarkan toksin dan seterusnya menyingkirkannya
dari tubuh badan. Justerus itu, gejala tindakbalas adalah satu proses
yang mesti dilalui sepanjang tempoh terapi enzim
Perlu
disebut di sini bahawa bukan semua pesakit akan mengalami gejala
tindakbalas dan ini tidak bermakna bahawa pesakit-pesakit terbabit tidak
akan sembuh. Sesungguhnya, tindakbalas itu baik untuk penyakit dan
merupakan satu fenomena sementara. Ia bukan kesan sampingan dan ia bukan
bermakna penyakit telah bertambah teruk
EMPAT PERINGKAT TINDAKBALAS
1. Peringkat Penyelarasan Nutrien
Tindakbalas
peringkat awal: Pembekalan nutrien yang seimbang dan penyelarasan
fungsi melancar dan memulihkan metabolisme. Justeru itu, seseorang akan
terasa cergas, bertenaga, segar dan kulitnya pula kelihatan
berseri-seri. Sesetengah orang pula berasa teransang hinggakan tidak
dapat tidur untuk beberapa hari namun tidak berasa letih sekalipun
kurang tidur.
2. Peringkat Penyingkiran Toksin Metabolisme
Seseorang
akan membuang air besar dengan kerap, najis berwarna hijau, air kencing
menjadi pekat warnanya, kulit terasa gatal, sembelit, kembung, sendawa
dan sebagainya semasa tubuh badan menyingkirkan buangan berasid
metabolisme dan toksin agar resam tubuh badan bertukar dari pH berasid
kepada pH beralkali. Bagi wanita yang haidnya tidak normal, pengaliran
haid akan menjadi lebih banyak dan tempoh lebih panjang. Sesetengah
wanita mengalami gejala-gejala tindakbalas seperti tidak datang haid
buat sementara waktu, rasa panas, kulit berasa gatal-gatal dan bibir
bagaikan diserang ulser, wajah ditumbuhi jerawat atau papul
berbintik-bintik merah (penyingkiran toksin menerusi kulit), tahi mata
atau kelemumur banyak, mengalami demam sementara dan sebagainya.
3. Peringkat Kelancaran Darah Dan Tenaga & Senggal-Senggal Badan
Di
kala terapi akan menyaksikan kesannya melancarkan pembuluh-pembuluh
darah yang bermasalah atau tersumbat, bahagian-bahagian yang bermasalah
ini akan terasa sakit. Mereka yang sebelum ini sudah mengalami sakit di
sana sini akan menanggung kesakitan yang lebih teruk hinggakan dadah
analgesik juga mungkin tidak dapat melegakan kesakitan tersebut.
Kesakitan ini akan berlanjutan hingga beberapa hari sebelum hilang
seluruhnya secara semulajadi.
4. Peringkat Pertumbuhan Semual Sel, Letih, Mengantuk
Kita
mengambil enzim kompleks aktif untuk memastikan sel-sel tubuh badan
kita yang sudah mati dapat tumbuh semula, sekaligus menyembuhkan
mana-mana bahagian tisu fungsi yang sudah rosak dengan kuasa penyembuhan
semulajadi tubuh badan sendiri. Sebab itu, seseorang akan berasa letih
dan mengantuk
TEMPOH TINDAKBALAS
1.
Lumrahnya, tindakbalas akan berlangsung antara 1-2 minggu. Dalam kes
metabolisme luar biasa, tindakbalas yang dialami mungkn berlanjutan
hingga kira-kira sebulan sebelum kesakitan yang dialami berhenti
sepenuhnya.
2. Tempoh kemunculan tindakbalas yang dialami oleh kaum wanita adalah lebih panjang berbanding kaum lelaki
3. Tempoh tindakbalas yang dialami oleh kaum wanita berkahwin adalah lebih panjang berbanding dengan kaum wanita belum berkahwin
4. Budak di bawah 12 tahun tidak akan mengalami tindakbalas
CARA MENGATASI TINDAKBALAS
1.
Dapat ditanggung :- Sukatan ditambah secara beransur-ansur, mengambil 2
paket pada pagi, tengahari, malam dan sebelum masuk tidur agar gejala
tindakbalas cepat berlalu
2. Tidak dapat ditanggung :- Sukatan dikurangkan secara beransur-ansur agar tindakbalas penyembuhan yang kurang selesa reda sedikit demi sedikit
3.
Langkah-langkah elak ketakutan :- Bermula dengan sukatan yang kecil
(misalnya 1 paket pada pagi dan 1 paket pada waktu malam) untuk
meminimumkan tindakbalas. Kemudian tambahkan sukatan secara
beransur-ansur apabila sudah dapat menyesuaikan diri. Cara pengambilan
ini sudah tentu akan menggandakan tempoh masa yang diperlukan untuk
mencapai penyembuhan menyeluruh tetapi ia adalah satu-satunya cara untuk
menanggung tindakbalas. Cara ini amat sesuai diamalkan oleh mereka yang
menghadapi tekanan darah rendah, tekanan darah tinggi, sakit jantung,
mereka yang pernah menjalani pembedahan jantung, gout dan orang tua yang
uzur.
4. Memperbanyakkan pengambilan air :- Minum air yang banyak ketika tubuh badan menyingkirkan toksin, 2000-3000cc sehari untuk merancakkan metabolisme dan mengurangkan tindakbalas
SIAPAKAH YANG PERLU MENGAMBIL ENZIM?
- Individu yang ingin memperbaiki resam tubuh badannya; memulihkan dan menyihatkan tubuh badan
- Individu yang lemah daya ketahanan; mudah dijangkiti penyakit
- Individu berpenyakit kronik (Penyakit kronik ialah penyakit yang menyerang seseorang secara berterusan selam beberapa minggu, beberapa bulan malah bertahun-tahun. Penyakit ini menghabiskan enzim, vitamin dan nutrien-nutrien dalam tubuh badan dengan banyak sekali. Justeru itu, ia adalah satu beban besar tubuh badan)
- Kanak-kanak yang sedang membesar
- Pesakit, sebelum dan selepas pembedahan
- Wanita, sebelum dan selepas bersalin
- Individu yang mudah letih kerana kepincangan fungsi hepar (hati)
- Individu yang mengalami masalah saraf dan kepincangan daya seks
- Individu yang menghadapi masalah gastrousus kongenital (pembawaan)
- Individu yang lemah stamina dan sering rasa mengantuk
- Individu yang memerah otak dan tenaga, misalnya pekerja pejabat dan atlet
- Individu yang mengalami proses penuaan sebelum tiba masanya dan lemah resam tubuh badan
- Individu 'setengah sihat' yang menderita pelbagai penyakit (tubuh badan 'setengah sihat' merujuk kepada tubuh badan yang 'normal' menurut diagnosis doktor, tapi individu selalu terasa 'tidak selesa, tidak lena, selalu berasa sakit di bahagian bahu, lemah anggota, sering mengantuk, letih, hilang selera makan, resah dan sebagainya)