Saturday 31 March 2018

Adakah anda sesihat yang anda sangka?



Jangan ambil remeh soal kesihatan. Usia yang muda tidak bermakna anda kebal. Generasi hari ini lebih cenderung mengidap penyakit gaya hidup yang bersangkutan dengan cara seseorang, atau sekumpulan orang menjalani
kehidupan iaitu dalam keadaan alam sekitar tercemar, kurang aktiviti fizikal, atau zat pemakanan yang tidak teratur akibat kelalaian, atau tiada minat terhadap kesejahteraan badan.

Fakta penyakit gaya hidup
• 63% jumlah kematian di dunia adalah berkaitan penyakit gaya hidup
• Lebih 9 juta kematian disebabkan penyakit gaya hidup melibatkan individu berusia kurang 60 tahun
• Lelaki dan wanita seluruh dunia mempunyai risiko yang sama untuk mengidap penyakit gaya hidup
• Penyakit gaya hidup boleh dielakkan

Penyakit Kronik
✔️Diabetes
✔️Penyakit saluran pernafasan (asma, COPD)
✔️Penyakit tidak berjangkit lain
✔️Barah
✔️Penyakit kardiovaskular


Penyakit Gaya Hidup Boleh Diatasi Dengan Zat Enzim

Penyakit gaya hidup boleh diatasi atau dikawal dengan pengambilan zat enzim yang tidak dihasilkan oleh badan dan hanya boleh dimakan dari sumber luar. Enzim adalah faktor biokimia hidup yang mengaktif, dan menjalankan semua proses biologi dalam badan seperti penghadaman, denyutan saraf, proses nyahtoksin, dan pembaikan serta pemulihan badan. Apabila kita sakit kuat atau kronik, badan memerlukan enzim untuk mengatasi masalah penghadaman, ketidakseimbangan kelenjar endokrin, gula darah tinggi, diabetes, obesiti, kolesterol tinggi, artritis, dan masalah keradangan lain.