Saturday, 11 December 2010
Tuesday, 30 November 2010
Well3 IgMax Chewable Colostrum
- Tablet Susu Kolostrum IgMax CNI menggunakan kolostrum yang mengandungi 15% IgG diekstrak daripada lembu yang bebas dari hormon rBST melalui proses pempasteuran pancaran dan rendah haba, sembur kering rendah haba dan pengaglomeratan untuk mengekalkan zat aslinya. Kolostrum dari New Zealand mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang tinggi dan diiktirafkan menerusi Sijil Kesihatan Kualiti Tinggi & Sijil Bebas (penyakit lembu) oleh NZ Ministry of Agriculture and Forestry serta Sijil Hala oleh NZ Islamic Meat Management.
- Tablet susu kolostrum boleh kunyah
- Mengandungi faktor imun bagi mempertingkatkan daya ketahanan badan
- Terdiri daripada faktor pertumbuhan yang merangsang pertumbuhan normal dan melambatkan proses penuaan.
- Omega 3 : mengandungi DHA dan EPA bagi menambah pembangunan otak dan daya penglihatan
- Kalsium bagi menggalakkan pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat.
- 120 tablet x 600mg
Kanak-kanak : 2 tablet setiap hari
Dewasa : 4-8 tablet setiap hari
Maklumat tambahan:
Sebaik-baiknya diamalkan sebelum makan
RM43.20 (EM) RM45.00
Kesihatan untuk anak anda
Saturday, 27 November 2010
Simanis Honey Apple Kiwi Juice
Simanis BARU yang segar
Tip-tip Simanis:
1. Goncang sebelum bancuh.
2. Simpan di dalam peti sejuk atau di tempat yang
kering selepas dibuka.
3. Elakkan dari terdedah kepada cahaya kerana jika ini
berlaku proses pengoksidaan akan berlaku dimana
warna Simanis akan bertukar.
4. Boleh dicampur bersama Organik CNI atau mana-
mana variasi Si manis sebagai ‘punch’.
Bahan-bahan
Pati Jus Simanis (Mango, Orange, Blackcurrant, Haw, Honey Apple & Kiwi) | 60ml |
Air | 100ml |
Ketulan Ais | 1 ½ cawan |
2. Tuangkan ke dalam gelas dan hias dengan hirisan
buah – buahan.
Up Gold Soya
- Up Gold Soya adalah bersumber kacang soya organik yang tumbuh subur di tanah hitam dan cuaca ideal Heilong Jiang, Negeri China.
- Up Gold Soya diperbuat daripada kacang soya organik, bebas bahan kimia, bahan tambahan, pengawet dan warna tiruan
- Mengandungi deglycosided isoflavones daripada kacang soya organik yang sangat aktif dan bersaiz molekul lebih kecil bersifat bioaktif serta lebih mudah diserap oleh tubuh badan
- Mudah dibawa ke mana-mana dan mudah dibancuh
Kacang soya, atau saintifiknya Glycine max Merrill, ditemui buat pertama kalinya di negeri China berpuluh-puluh ribu tahun dahulu, tumbuh subur sepanjang tahun dan membekalkan protein and lemak yang hanya terdapat dalam daging binatang. Namun berbeza dengan protein dan lemak binatang, kacang soya bebas kolesterol and kalorinya sungguh rendah. Justeru itu, ia dinamakan sebagai " daging sayur" oleh pakar-pakar nutrien.
Bancuh dengan air suam. Mudah larut, wangi dan sedap diminum.
- Pembungkusan:
- 20 batang x 25g
Bahan - Bahan
Gold Soya | 1 batang (25g) |
Air Sejuk | 150ml |
Well3 Organik | 1 batang / 2 sudu (8g) |
atau | |
Well3 Life Enzyme | 1 paket kecil (4g) |
atau | |
Well3 Lyophilized Royal Jelly | 1 paket kecil (500g) |
Secara alternative, anda boleh menggantikan Organik dengan Life Enzyme atau Lyophilized Royal Jelly.
Friday, 12 November 2010
Up Tea Teh Halia Ginseng
UP Café Suri Coffee
Minuman kopi khas untuk Wanita
Pembungkusan:
20 stik x 20g
RM25.20 (EM) RM26.20
CNI FIRE-SENS MENTHOLATED RUB
- Fire -Sens Mentholated Rub dihasilkan untuk melegakan sakit otot, reumatisme, sakit belakang dan terseliuh. Sapukan sedikit CNI Fire-Sens Mentholated Rub pada bahagian yang bermasalah. Ia tidak melekit dan memberikan rasa selesa dan lega daripada rasa sakit dan gatal-gatal.
- Secara tradisionalnya digunakan apabila terseliuh ringan, banyak menggunakan tenaga atau bersenam sehingga otot dan belakang tubuh badan terasa sakit!
- 25g/botol
Harga
RP(WM) RM9.65
RP(EM) RM9.65
Sunday, 10 October 2010
Hipertensi Dan Well3 Omega 3
Apakah hipertensi dan apakah puncanya?
Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah darah yang tekanan tinggi di dalam arteri. Arteri adalah pembuluh yang membawa darah dari jantung ke semua tisu dan organ tubuh badan kita. Tekanan darah yang normal adalah di bawah 120/80; tekanan darah antara 120/80 dan 139/89 dikenali sebagai “pra-hipertensi”, dan tekanan darah 140/90 ke atas dianggap tinggi. Dalam 95% kes hipertensi, puncanya tidak diketahui yang menyebabkan ia digelar “pembunuh dalam senyap”. Dalam 5% kes lain, punca spesifik dikenali dan pesakit dikatakan mengidap “hipertensi sekunder” yang puncanya termasuklah kegagalan fungsi buah pinggang, pengecilan arteri ke buah pinggang dan pelbagai masalah hormon lain.
Bagaimana pengecilan arteri berlaku?
Pengecilan dinding arteri, yang dikenali sebagai Aterosklerosis atau ateroma, adalah proses pengerasan arteri. Semasa kecil, pembuluh darah kita kenyal dan elastik dan darah dapat mengalir dengan mudah melaluinya. Apabila umur kita semakin meningkat, mendapan lemak mula terkumpul pada dinding arteri dan perlahanlahan
membentuk gumpalan-gumpalan yang menyumbat arteri, seterusnya mengurangkan kelancaran pengaliran darah melaluinya.
Apakah pemakanan terbaik untuk menyingkirkan mendapan lemak dalam arteri?
Persatuan Jantung Amerika Syarikat dan Institut Kanser Nasional menyarankan rancangan pemakanan menyeluruh yang menekankan jenisjenis makanan yang patut dimakan dan bukannya jenis-jenis makanan yang patut dielakkan. Buahbuahan, sayur-sayuran, karbohidrat kompleks dan produk tenusu rendah lemak secara relatifnya lebih rendah lemak, lemak tepu, kolesterol dan garam serta lebih tinggi kandungan potasium, magnesium serta kalsium berbanding diet biasa.
Apakah makanan tambahan terbaik untuk hipertensi bagi mengurangkan Lipoprotein Ketumpatan Rendah (LDL)?
Omega-3 terkenal dengan keupayaannya mengawal hipertensi. Omega-3 mempunyai
fungsi mencairkan darah yang dapat menghalang pengerasan arteri. Kelebihan ini menjadikan minyak omega-3 nutrien yang berkhasiat untuk mengurangkan hipertensi dan penyakit jantung lain seperti aterosklerosis, penyakit Reynard, serangan sakit jantung dan strok.
BiodataDr. Tee E Siong
• President of Nutrition Society of Malaysia.
• Nutrition Consultant for TES NutriHealth Strategic Consultancy.
• Former Head of the Cardiovascular, Diabetes and Nutrition Research Centre of the
Institute for Medical Research (IMR) in Kuala Lumpur.
Saturday, 9 October 2010
Alami Tenaga Pemulihan Loket Quasar
Memperkenalkan Loket Quasar CNI
Loket Quasar CNI berbeza daripada loket tenaga lain di pasaran kerana ia menggunakan terapi warna bagi merangsang
tenaga badan dan pusat tenaga (chakra) untuk membantu, memulih, dan merangsang kesejahteraan emosi dan jasmani.
Loket Quasar CNI terbentuk daripada dua jenis galian semula jadi,Germanium dan batu gunung berapi, bagi menghasilkan tenaga warna skalar yang membantu merangsang aura badan.
Siapa yang akan mendapat lebih manfaat daripada Loket Quasar CNI?
Mereka yang mempunyai masalah berikut:
• paras tenaga rendah, murung dan mudah lesu
• kadar metabolik rendah atau lemah peredaran darah
• lemah daya ketahanan, cenderung mengalami keradangan sendi dan kejang
• sentiasa berhadapan dengan komputer atau terdedah kepada gelombang
seperti telefon bimbit dan peralatan lain
Maklumat lanjut:
Terapi Tenaga Warna
Quasar Pendant F1 Package
(WM)RM388.00 (EM) RM398.00Friday, 1 October 2010
Pengurusan Berat Badan
Journalist access to expert database
September 30, 2005
Mengapa Pengurusan Berat Badan Penting?
Dengan pembandaran , pembangunan ekonomi dan gaya hidup dan diet yang semakin berubah, berat badan yang berlebihan dan obesiti (kegemukan) semakin meningkat di benua Asia. Ini mengakibatkan peningkatan kadar penyakit-penyakit yang berkaitan dengan berat badan berlebihan, termasuk diabetes (kencing manis) jenis 2, penyakit jantung, angin amar dan tekanan darah tinggi.
Obesiti dan berat badan berlebihan juga meningkatkan risiko kejadian sesetengah kanser, batu karang, penyakit gout, osteoartritis, kemandulan dan lain-lain penyakit.
Individu yang berlebihan berat badan dan obes juga mempunyai harga diri yang rendah dan selalu berasa muram disebabkan oleh imej badan yang tidak menarik.
Pendek kata, keadaan berat badan berlebihan mengurangkan kualiti dan keriangan hidup.
Nasihat am tidak dapat mengganti ulasan kesihatan dan rawatan secara peribadi, dan sesiapa yang menghidapi penyakit serius dinasihat untuk berjumpa ahli perubatan yang bertauliah.
5 Panduan Diet bagi Pengurusan Berat Badan
- Nikmati banyak buah-buahan, sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Makanan sebegini mempunyai massa banyak tetapi tenaganya kurang padat dan membantu anda berasa kenyang lebih lama.
- Makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan lain-lain protein. Makanan jenis protein paling berkesan untuk mengenyangkan kita.
- Sekali-sekala makan dengan sukatan sederhana makan makanan yang mengandungi tenaga padat. Anda mungkin berasa terkilan jika langsung tidak dapat menikmati makanan jenis ini. Jadi, rancangkan saat-saat untuk menikmati makanan ini tanpa berasa bersalah, kemudian teruskan dengan diet seimbang yang dirancang dengan baik.
- Pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan anda bermakan dengan keterlaluan.
- Sukatan makanan harus diawasi. Kajian menunjukkan sukatan makanan semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun lepas dan mungkin menjadi punca utama pemakanan yang berlebihan.
.
5 Panduan Aktiviti Fizikal bagi Pengurusan Berat Badan
- Orang dewasa harus menetapkan 30 minit sehari, pada kebanyakan hari setiap minggu, dan kanak-kanak perlu menghabiskan sebanyak 60 minit dengan aktiviti seperti bermain secara aktif, berjalan, berlari dan bersukan setiap hari.
- Aktiviti seperti berjalan cepat dan menaikki tangga sebagai ganti mengguna lif memberi faedah yang sama seperti bersukan secara formal.
- Aktiviti fizikal harian selama 30 minit ini boleh dipecahkan kepada tempoh masa yang pendek. Contohnya 3 kali berjalan cepat atau berbasikal selama 10 minit setiap kali.
- Gabungan aktiviti membina kekuatan dan kardiovaskular (meningkat kadar jantung dan penafasan) adalah disarankan.
- Mencari jalan untuk menyertakan aktiviti fizikal dalam rutin harian anda, agar ia sentiasa dapat diamalkan walaupun menghadapi tekanan masa.
Memahami Berat Badan Sihat, Berat Badan Berlebihan, Obesiti
Indeks Massa Badan (BMI) –Piawaian global yang digunakan untuk mengelaskan berat badan sebagai normal, berat badan berkurangan atau berlebihan dan obes ialah Indeks Massa Badan, atau BMI. BMI dikira dengan membahagikan berat badan individu dalam kilogram dengan ketinggian-nya dalam m2 . Ukuran BMI antara 18.5 hingga 25 lazimnya dianggap sebagai normal; 25 hingga 30 sebagai berat badan berlebihan dan dikaitkan dengan peningkatan risiko menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan, dan lebih daripada 30 dianggap sangat gemuk (paras obes) dan mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan.
BMI = Berat Badan kg Tinggi x Tinggi m2 |
Sejak kebelakangan ini, pakar-pakar telah memerhati bahawa penyakit yang berkaitan dengan berat badan biasanya didapati di kalangan setengah kumpulan etnik Asia di paras BMI yang melebihi 23. Satu kumpulan pakar daripada WHO (Badan Kesihatan Sedunia) telah mengesyorkan skala BMI yang lebih rendah bagi bangsa Asia: 18.5-23 untuk risiko yang meningkat tetapi boleh dikatakan rendah untuk menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan; 23-27.5 bagi risiko yang lebih tinggi; dan 27.5 atau lebih memberi isyarat risiko yang membahayakan.
Nisbah pinggang-ke-pinggul (WHR) WHR boleh dikira dengan membahagikan lilitan pinggang dengan lilitan pinggul. WHR ialah suatu ukuran mudah untuk taksiran pembahagian lemak dalam badan. Bagi kebanyakan orang, dan mungkin terutamanya orang Asia, lemak di bahagian abdomen menyebabkan lebih banyak masalah kesihatan berbanding dengan lemak berlebihan di bahagian pinggul atau peha. WHR sebanyak 0.9 atau kurang dianggap sihat bagi kaum lelaki dan nisbah sebanyak 0.8 atau kurang dianggap sebagai petunjuk sihat bagi kaum wanita. WHR sebanyak 1.0 atau lebih menandakan peningkatan risiko bagi keadaan kurang sihat dan isyarat bahawa tindakan untuk mengurangkan lemak daripada bahagian perut adalah langkah yang bijak.
Keliling pinggang sm/in Keliling pinggul sm/in |
Mencapai Pengurusan Berat Badan
Jumlah tenaga (diukur dalam kilokalori atau Kkalori) yang tetap digunakan setiap hari khususnya untuk mengendalikan fungsi badan yang penting (seperti aktiviti otak, denyutan jantung, penafasan) walaupun ketika berehat. Angka ini dikenali sebagai Nilai Metabolisme Asas (BMR) dan biasanya menggunakan setengah atau lebih Kkalori yang diperlukan dalam sehari. BMR seseorang akan bertambah sedikit dengan kenaikan berat badan, tetapi ia bertambah dengan lebih banyak lagi apabila nisbah otot berbanding lemak dalam badan semakin meningkat. BMR bagi kebanyakan orang menurun dengan penambahan umur, menjadikannya lebih sukar untuk mengawal berat badan. Para penyelidik meng-anggap bahawa penurunan BMR setelah meningkat umur adalah berkaitan dengan pengurangan otot apabila kita berumur, dan bukan disebabkan oleh proses penuaan, dan oleh itu boleh dilambatkan dengan senaman yang memberi kekuatan.
Penambahan berat badan biasanya dikaitkan dengan memakan terlalu banyak Kkalori dan gaya hidup yang kurang aktif. Untuk mengekalkan berat badan yang sihat atau untuk mencapai matlamat penyusutan berat badan, adalah penting untuk anda cuba membuat perubahan secara sederhana kepada kedua-dua belah persamaan tenaga: input tenaga (Kkalori makanan) dan output tenaga (Kkalori yang digunakan untuk BMR dan aktiviti fizikal).
Pengambilan Berlebihan Kkalori makanan menyebabkan penambahan berat badan – Penambahan berat badan biasanya berlaku secara perlahan melalui jangka masa. Pengambilan yang hanya berlebihan 100 Kilokalori sehari akan menyebabkan penambahan berat badan sebanyak 1 kg dalam setahun. Juga, dengan mengurangkan pengambilan jumlah tenaga diet sebanyak 100 Kkalori sehari, dapat menolong anda menstabilkan berat badan anda, jadi perubahan kepada diet yang diperlukan untuk mengelak penambahan berat badan mungkin sedikit sahaja.
Kekurangan aktiviti fizikal menyebabkan penambahan berat badan- Kajian menunjukkan sesiapa yang menjalani aktiviti fizikal dalam tugas harian lebih berupaya mengawal berat badan mereka berbanding orang yang bergantung kepada diet sahaja. Aktiviti fizikal mengurangkan lemak di bahagian abdomen, walaupun tidak terdapat penyusutan berat badan. Aktiviti fizikal juga membantu penjagaan tisu otot yang meningkatkan BMR. Dengan hanya meningkatkan aktiviti fizikal sebanyak 100 Kkalori sehari sudah memadai untuk mengelakkan penambahan berat badan.
Apakah cara terbaik untuk menyusutkan berat badan? – Kebanyakan kita hendak mengurangkan berat badan untuk rupa yang lebih menarik dan untuk berasa lebih lega. Fesyen terkini yang menonjol trend kurus juga memberi tekanan kepada ramai orang untuk mengurangkan berat badan mereka supaya tidak ketinggalan.
Sebab yang terbaik untuk menyusutkan badan jika berat badan anda berlebihan atau anda obes ialah untuk kesihatan baik anda untuk jangkamasa panjang. Dan cara terbaik untuk mencapai ini ialah dengan kaedah yang berjangka panjang.
Kesusutan berat badan yang besar tidak diperlukan untuk memberi kesan. Kajian Jantung Framingham di Universiti Boston mendapati bahawa kaum lelaki dan perempuan pertengahan umur yang menyusut berat badan sebanyak 1 kg setahun mengurangkan risiko penyakit kencing manis dengan lebih 60%. Faedah ini dapat dikekalkan, selagi kesusutan berat badan dikekalkan. Satu lagi kesimpulan kajian itu ialah pesertanya yang menyusut 0.5kg setahun selama empat tahun dan berjaya mengekalkan penyusutan itu selama empat tahun lagi, mengurangkan risiko darah tinggi sebanyak 25%.
Ini bermakna, walaupun anda fikir anda tidak mencantikkan rupa anda dengan penyusutan hanya 0.5kg atau 1 kg, kesihatan anda akan bertambah baik. Jika anda lebih berat, banyak faedah akan menyusuli jika anda mengurangkan berat badan tersebut.
Lupakan segala gimik penyusutan berat badan yang cepat atau diet. Kajian demi kajian membuktikan bahawa penyusutan berat badan yang berpanjangan adalah lebih menyihatkan dan dikekalkan dalam masa panjang berbanding dengan diet cepat-kurus. Melainkan dalam keadaan tertentu, doktor menasihati sesiapa yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes untuk menyusutkan 0.5-1 kg dalam seminggu, dan tidak sama sekali melebihi 1.5 kg seminggu. Apa yang penting ialah untuk mengurangkan berat buat selama-lamanya dan bukan mengurang dan kemudian berat badan menambah pula dengan cepat selepas itu.
Kanak-kanak dan Remaja
Keadaan berat badan berlebihan dalam kanak-kanak dan remaja boleh membawa akibat kesihatan serius yang sama seperti keadaan berat badan berlebihan dalam dewasa. Kajian jelas menunjukkan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai berat badan berlebihan dan gemuk akan mengekalkan keadaan itu sehingga dewasa, oleh itu pengurusan berat badan aktif di peringkat kanak-kanak sangatlah penting.
Kebanyakan punca peningkatan berat badan telah bersebati di peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak yang dibesarkan dengan makanan yang tinggi kandungan tenaga dan rendah gentian (serat) makanan dan zat-zat galian, kurang berminat dalam aktiviti fizikal akan membawa tabiat ini hingga ia dewasa.
-
Jagalah kemahkotaan wanita melalui fomulasi minuman kesihatan cni terbaru iaitu CNI suri cafe. Ternyata ramai pengguna talah merasai nikmat ...
-
Perkongsian saya kali ini berkenaan testimoni Well3 Neoganik Saya dah lebih sepuluh tahun amalkan Well3 Neoganik. semenjak saya mula...