Friday, 1 October 2010

Pengurusan Berat Badan

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Pengurusan Berat Badan What You Should Know About Weight Management




Journalist access to expert database


September 30, 2005

Mengapa Pengurusan Berat Badan Penting?

Dengan pembandaran , pembangunan ekonomi dan gaya hidup dan diet yang semakin berubah, berat badan yang berlebihan dan obesiti (kegemukan) semakin meningkat di benua Asia. Ini mengakibatkan peningkatan kadar penyakit-penyakit yang berkaitan dengan berat badan berlebihan, termasuk diabetes (kencing manis) jenis 2, penyakit jantung, angin amar dan tekanan darah tinggi.

Obesiti dan berat badan berlebihan juga meningkatkan risiko kejadian sesetengah kanser, batu karang, penyakit gout, osteoartritis, kemandulan dan lain-lain penyakit.

Individu yang berlebihan berat badan dan obes juga mempunyai harga diri yang rendah dan selalu berasa muram disebabkan oleh imej badan yang tidak menarik.

Pendek kata, keadaan berat badan berlebihan mengurangkan kualiti dan keriangan hidup.

Nasihat am tidak dapat mengganti ulasan kesihatan dan rawatan secara peribadi, dan sesiapa yang menghidapi penyakit serius dinasihat untuk berjumpa ahli perubatan yang bertauliah.

5 Panduan Diet bagi Pengurusan Berat Badan

  • Nikmati banyak buah-buahan, sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Makanan sebegini mempunyai massa banyak tetapi tenaganya kurang padat dan membantu anda berasa kenyang lebih lama.
  • Makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan lain-lain protein. Makanan jenis protein paling berkesan untuk mengenyangkan kita.
  • Sekali-sekala makan dengan sukatan sederhana makan makanan yang mengandungi tenaga padat. Anda mungkin berasa terkilan jika langsung tidak dapat menikmati makanan jenis ini. Jadi, rancangkan saat-saat untuk menikmati makanan ini tanpa berasa bersalah, kemudian teruskan dengan diet seimbang yang dirancang dengan baik.
  • Pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan anda bermakan dengan keterlaluan.
  • Sukatan makanan harus diawasi. Kajian menunjukkan sukatan makanan semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun lepas dan mungkin menjadi punca utama pemakanan yang berlebihan.

.

5 Panduan Aktiviti Fizikal bagi Pengurusan Berat Badan

  • Orang dewasa harus menetapkan 30 minit sehari, pada kebanyakan hari setiap minggu, dan kanak-kanak perlu menghabiskan sebanyak 60 minit dengan aktiviti seperti bermain secara aktif, berjalan, berlari dan bersukan setiap hari.
  • Aktiviti seperti berjalan cepat dan menaikki tangga sebagai ganti mengguna lif memberi faedah yang sama seperti bersukan secara formal.
  • Aktiviti fizikal harian selama 30 minit ini boleh dipecahkan kepada tempoh masa yang pendek. Contohnya 3 kali berjalan cepat atau berbasikal selama 10 minit setiap kali.
  • Gabungan aktiviti membina kekuatan dan kardiovaskular (meningkat kadar jantung dan penafasan) adalah disarankan.
  • Mencari jalan untuk menyertakan aktiviti fizikal dalam rutin harian anda, agar ia sentiasa dapat diamalkan walaupun menghadapi tekanan masa.

Memahami Berat Badan Sihat, Berat Badan Berlebihan, Obesiti

Indeks Massa Badan (BMI) –Piawaian global yang digunakan untuk mengelaskan berat badan sebagai normal, berat badan berkurangan atau berlebihan dan obes ialah Indeks Massa Badan, atau BMI. BMI dikira dengan membahagikan berat badan individu dalam kilogram dengan ketinggian-nya dalam m2 . Ukuran BMI antara 18.5 hingga 25 lazimnya dianggap sebagai normal; 25 hingga 30 sebagai berat badan berlebihan dan dikaitkan dengan peningkatan risiko menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan, dan lebih daripada 30 dianggap sangat gemuk (paras obes) dan mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan.

BMI = Berat Badan kg

Tinggi x Tinggi m2

Sejak kebelakangan ini, pakar-pakar telah memerhati bahawa penyakit yang berkaitan dengan berat badan biasanya didapati di kalangan setengah kumpulan etnik Asia di paras BMI yang melebihi 23. Satu kumpulan pakar daripada WHO (Badan Kesihatan Sedunia) telah mengesyorkan skala BMI yang lebih rendah bagi bangsa Asia: 18.5-23 untuk risiko yang meningkat tetapi boleh dikatakan rendah untuk menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan; 23-27.5 bagi risiko yang lebih tinggi; dan 27.5 atau lebih memberi isyarat risiko yang membahayakan.

Nisbah pinggang-ke-pinggul (WHR) WHR boleh dikira dengan membahagikan lilitan pinggang dengan lilitan pinggul. WHR ialah suatu ukuran mudah untuk taksiran pembahagian lemak dalam badan. Bagi kebanyakan orang, dan mungkin terutamanya orang Asia, lemak di bahagian abdomen menyebabkan lebih banyak masalah kesihatan berbanding dengan lemak berlebihan di bahagian pinggul atau peha. WHR sebanyak 0.9 atau kurang dianggap sihat bagi kaum lelaki dan nisbah sebanyak 0.8 atau kurang dianggap sebagai petunjuk sihat bagi kaum wanita. WHR sebanyak 1.0 atau lebih menandakan peningkatan risiko bagi keadaan kurang sihat dan isyarat bahawa tindakan untuk mengurangkan lemak daripada bahagian perut adalah langkah yang bijak.

Keliling pinggang sm/in

Keliling pinggul sm/in

Mencapai Pengurusan Berat Badan

Jumlah tenaga (diukur dalam kilokalori atau Kkalori) yang tetap digunakan setiap hari khususnya untuk mengendalikan fungsi badan yang penting (seperti aktiviti otak, denyutan jantung, penafasan) walaupun ketika berehat. Angka ini dikenali sebagai Nilai Metabolisme Asas (BMR) dan biasanya menggunakan setengah atau lebih Kkalori yang diperlukan dalam sehari. BMR seseorang akan bertambah sedikit dengan kenaikan berat badan, tetapi ia bertambah dengan lebih banyak lagi apabila nisbah otot berbanding lemak dalam badan semakin meningkat. BMR bagi kebanyakan orang menurun dengan penambahan umur, menjadikannya lebih sukar untuk mengawal berat badan. Para penyelidik meng-anggap bahawa penurunan BMR setelah meningkat umur adalah berkaitan dengan pengurangan otot apabila kita berumur, dan bukan disebabkan oleh proses penuaan, dan oleh itu boleh dilambatkan dengan senaman yang memberi kekuatan.

Penambahan berat badan biasanya dikaitkan dengan memakan terlalu banyak Kkalori dan gaya hidup yang kurang aktif. Untuk mengekalkan berat badan yang sihat atau untuk mencapai matlamat penyusutan berat badan, adalah penting untuk anda cuba membuat perubahan secara sederhana kepada kedua-dua belah persamaan tenaga: input tenaga (Kkalori makanan) dan output tenaga (Kkalori yang digunakan untuk BMR dan aktiviti fizikal).

Pengambilan Berlebihan Kkalori makanan menyebabkan penambahan berat badan Penambahan berat badan biasanya berlaku secara perlahan melalui jangka masa. Pengambilan yang hanya berlebihan 100 Kilokalori sehari akan menyebabkan penambahan berat badan sebanyak 1 kg dalam setahun. Juga, dengan mengurangkan pengambilan jumlah tenaga diet sebanyak 100 Kkalori sehari, dapat menolong anda menstabilkan berat badan anda, jadi perubahan kepada diet yang diperlukan untuk mengelak penambahan berat badan mungkin sedikit sahaja.

Kekurangan aktiviti fizikal menyebabkan penambahan berat badan- Kajian menunjukkan sesiapa yang menjalani aktiviti fizikal dalam tugas harian lebih berupaya mengawal berat badan mereka berbanding orang yang bergantung kepada diet sahaja. Aktiviti fizikal mengurangkan lemak di bahagian abdomen, walaupun tidak terdapat penyusutan berat badan. Aktiviti fizikal juga membantu penjagaan tisu otot yang meningkatkan BMR. Dengan hanya meningkatkan aktiviti fizikal sebanyak 100 Kkalori sehari sudah memadai untuk mengelakkan penambahan berat badan.

Apakah cara terbaik untuk menyusutkan berat badan?Kebanyakan kita hendak mengurangkan berat badan untuk rupa yang lebih menarik dan untuk berasa lebih lega. Fesyen terkini yang menonjol trend kurus juga memberi tekanan kepada ramai orang untuk mengurangkan berat badan mereka supaya tidak ketinggalan.

Sebab yang terbaik untuk menyusutkan badan jika berat badan anda berlebihan atau anda obes ialah untuk kesihatan baik anda untuk jangkamasa panjang. Dan cara terbaik untuk mencapai ini ialah dengan kaedah yang berjangka panjang.

Kesusutan berat badan yang besar tidak diperlukan untuk memberi kesan. Kajian Jantung Framingham di Universiti Boston mendapati bahawa kaum lelaki dan perempuan pertengahan umur yang menyusut berat badan sebanyak 1 kg setahun mengurangkan risiko penyakit kencing manis dengan lebih 60%. Faedah ini dapat dikekalkan, selagi kesusutan berat badan dikekalkan. Satu lagi kesimpulan kajian itu ialah pesertanya yang menyusut 0.5kg setahun selama empat tahun dan berjaya mengekalkan penyusutan itu selama empat tahun lagi, mengurangkan risiko darah tinggi sebanyak 25%.

Ini bermakna, walaupun anda fikir anda tidak mencantikkan rupa anda dengan penyusutan hanya 0.5kg atau 1 kg, kesihatan anda akan bertambah baik. Jika anda lebih berat, banyak faedah akan menyusuli jika anda mengurangkan berat badan tersebut.

Lupakan segala gimik penyusutan berat badan yang cepat atau diet. Kajian demi kajian membuktikan bahawa penyusutan berat badan yang berpanjangan adalah lebih menyihatkan dan dikekalkan dalam masa panjang berbanding dengan diet cepat-kurus. Melainkan dalam keadaan tertentu, doktor menasihati sesiapa yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes untuk menyusutkan 0.5-1 kg dalam seminggu, dan tidak sama sekali melebihi 1.5 kg seminggu. Apa yang penting ialah untuk mengurangkan berat buat selama-lamanya dan bukan mengurang dan kemudian berat badan menambah pula dengan cepat selepas itu.

Kanak-kanak dan Remaja

Keadaan berat badan berlebihan dalam kanak-kanak dan remaja boleh membawa akibat kesihatan serius yang sama seperti keadaan berat badan berlebihan dalam dewasa. Kajian jelas menunjukkan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai berat badan berlebihan dan gemuk akan mengekalkan keadaan itu sehingga dewasa, oleh itu pengurusan berat badan aktif di peringkat kanak-kanak sangatlah penting.

Kebanyakan punca peningkatan berat badan telah bersebati di peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak yang dibesarkan dengan makanan yang tinggi kandungan tenaga dan rendah gentian (serat) makanan dan zat-zat galian, kurang berminat dalam aktiviti fizikal akan membawa tabiat ini hingga ia dewasa.

Pendekatan yang melibatkan seluruh keluarga adalah cara yang paling berkesan untuk membantu kanak-kanak/remaja mengekalkan berat badan yang sihat. Mencari gaya hidup yang merangkumi aktiviti fizikal yang kerap, diet yang enak lagi tidak berapa padat tenaga; dan sesuai untuk seisi keluarga boleh dibuat secara berperingkat, dengan penekanan terhadap keseronokan dan penyerta

Thursday, 23 September 2010

CNI Waterlife System Gen3


Ciri-Ciri Istimewa Sistem WaterLife :
  • Air Hidup Sihat Teraktif
  • Teknologi penulenan termaju
  • Gugusan molekul air yang lebih kecil
  • Molekul air lebih terjajar
  • Mengekalkan mineral surih
  • Mengandungi Qi dan Tenaga
  • Menjimatkan dan praktikal
  • Konsep DIY - mudah dipasang dan dikendalikan





 MAKLUMAT PRODUK:


Advertisement Schedule :
Harian Metro Full Page & Full Color National Edition Sunday, 29 August
Berita Harian Full Page B&W National Edition Friday, 3 September
China Press Half Page B&W National Edition Friday, 3 Sept & Wednesday, 8 Sept
News Paper Clippings : Harian Metro & Berita Harian



 

 

ADAKAH AIR DI RUMAH ANDA SEPERTI INI?
Inilah sebenarnya air yang kita minum seharian. Bayangakan air ini menjadi sebahagian dalam badan kita. Adakah ia akan berterusan begini? Adakah sudah ada difikiran macam mana nak menyelesaikannya. Sekiranya tidak ada. Saya cadangkan dapatkanlah Sistem Rawatan Air CNI Waterlife Gen 3 dengan hanya RM 2030.00

Cepat Cepat

Sebelum anda terlambat untuk menyelamatkan tahap kesihatan anda. Kesihatan adalah harta yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.







Tuesday, 23 March 2010

Well3 Permata Suri


    Wanita pada zaman moden ini sibuk kerjaya masing-masing dan cuba dengan sedaya upaya untuk menyeimbangkan kerjaya dan kehidupan rumahtangga. Justeru itu, ramai wanita yang mengalamai cabaran untuk mengekalkan kesihatan. Kaum wanita sering menghadapi masalah Pre-menstrual syndrom, PMS (masalah sebelum haid), senggugut, keletihan dan sebagainya.

    Permata Suri ialah satu produk yang ditingkatkan kualitinya untuk membantu kaum hawa untuk mengekalkan kesihatan and mencari kepuasan hidup, kejelitaan dan kecergasan terutamanya dalam kehidupan rumahtangga.

    Keistimewaan:
  • Mempertingkatkan keintiman seksual
  • Mengurangkan masalah fisiologi wanita seperti sakit haid dan keputihan
  • Menegangkan otot terutamanya di kemaluan, perut dan payudara.

  • Maklumat tambahan:
  • Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan cepat, elakkan daripada mengadakan hubungan kelamin semasa 3 hari pertama pengambilan
  • Banyakkan minum air sepanjang pengambilan produk ini
  • Simpan di peti sejuk selepas dibuka
  • Pembungkusan:
  • 330ml x 1 botol

Monday, 22 March 2010

Well3 BioPlus

    CNI BioPlus adalah makanan probiotik yang diimport dari Jepun, baik untuk kesihatan usus dan badan. Is merupakan serbuk ekstrak buah-buahan berkultur yang mengandungi 4 jenis bakteria berguna iaitu Bifidobacterium breve, Streptococcus faecalis, Clostridium butyricum dan Bacillus mesentericus bagi mengumpulkan tenaga simbiotiknya. Tenaga simbiotik bakteria-bakteria ini menggalakkan keseimbangan bakteria dalam usus dan menggalakkan penyerapan nutrien-nutrien dalam saluran usus.
    Keistimewaannya:
  • Boleh diambil setiap hari tanpa kesan sampingan
  • Bahan-bahan utama lainnya adalah oligosakarida, enzim, fruktosa, maltitol, laktosa, ester-C plus, vitamin B kompleks serta perisa lazat oren dan plum.
Cara penggunaan:
Kanak-kanak : 1 batang sehari Dewasa : 2 batang sehari

Pembungkusan:
  • 30 sticks x 1.2g
Whats is Probiotics?
Benefit of Probiotics
Kesihatan Untuk Anak Anda
view certificate

Well3 Young Intelmax



                                                
Pengenalan 

Era K-ekonomi menyaksikan perkembangan pesat teknologi maklumat dan penekanan pada hasil dan keberkesanan. Daya belajar yang tinggi, daya ingatan yang baik, jalan fikiran yang jelas dan kepintaran adalah kunci untuk mengekalkan daya saing dan semua ini akan tercapai melalui otak yang sihat dan cerdas. Justeru itu dalam era ini, kecerdasan otak adalah lebih penting daripada kecergasan badan.
Otak merupakan organ yang terpenting dalam tubuh manusia dan justeru itu, ia harus dijaga dan dipelihara dengan baik. Masyarakat zaman moden hari ini banyak menghabiskan masa dan tenaga dalam menjaga dan memelihara kesihatan jantung dan otot, tapi lalai terhadap keperluan otak. Mengapa fungsi otak perlu dipelihara sepanjang hayat? Walaupun saiz otak manusia kurang daripada 3% saiz tubuh badan namun tenaga yang diperlukan ialah 20% daripada keseluruhan tenaga yang digunakan oleh tubuh. Jelas sekali, ia merupakan pengguna tenaga terbesar dan seseorang tidak harus lalai dalam membekalkan nutrien yang mencukupi kepada otak.. Fungsi otak mesti dipelihara untuk melambatkan kemerosotan otak, meningkatkan daya saing dan meningkatkan keyakinan.


Menurut kajian sains, daya ingatan dan keupayaan belajar seseorang mempunyai kaitan yang rapat dengan metabolit dalam otak terutamanya bahan-bahan nutrien yang diperlukan oleh otak, sekatan terhadap sintesis protein dalam otak boleh menjejaskan daya ingatan dan keupayaan belajar dengan ketara. Sebaliknya, pembekalan nutrien-nutrien tertentu dapat mempercepatkan proses pembelajaran dan ingatan. Jadi kecerdasan otak akan terjejas jika otak mengalami kekurangan nutrien untuk satu jangka waktu panjang. Jelas sekali, otak kita perlu dibekalkan dengan nutrien yang mencukupi seperti asid amino, sakarida, lemak, peptida, vitamin, zat galian dan lain-lain. CNI Young Intelmax ialah nutrien tambahan untuk menguatkan fungsi dan kecerdasan otak yang dihasilkan oleh Universiti Perubatan Cina Beijing dan beberapa institut perubatan di negeri cina lebih 10 tahun dahulu.

Kandungan
Walnut, Chinese Wolfberry, Isi longan, Jujube Seed, Lily bulb, Hoelan dan Glukos

Ciri Keistimewaan CNIYoung Intelmax 

        1. Bahan-bahan semulajadi yang mempunyai nilai 

            terapi dan makanan
Nutriennya diekstrak dengan menggunakan teknologi perubatan Barat dan khasiatnya sebagai ubat dan makanan dalam perubatan Timur dipelihara sepenuhnya, selamat dijadikan makanan kesihatan harian yang sesuai untuk semua golongan. 

2. Semua nutrien keperluan otak dalam satu tablet
CNI Young Intelmax ialah pati ekstrak yang dihasilkan secara saintifik di bawah kawalan yang ketat. Ia sarat dengan nutrien untuk menguatkan fungsi otak dan kecerdasan minda, menentang keletihan, menentang kekurangan oksigen, menambahkan pengaliran darah ke otak, menentang pengoksidaan untuk menghapuskan “sampah” dalam otak yang boleh merosakkan sel-sel otak seperti radikal bebas, plumbum dan raksa. Nutrien dalam CNI Young Intelmax juga berkhasiat mententeram dan melindungi saraf di samping mengawalatur hormon. Ambil CNI Young Intelmax untuk menambah nutrien yang diperlukan oleh otak secara menyeluruh. 

3. Keberkesanan tinggi
Kesan CNI Young Intelmax cepat. Kebaikannya dapat dirasai dalam masa singkat dengan dos yang sesuai, kesannya dapat bertahan sepanjang hari malah lebih lama. CNI Young Intelmax ialah pemakanan menguatkan fungsi otak dan kecerdasan minda yang sukar ditemui di pasaran. Hasil gandingan keunggulan Barat dan Timur ini melahirkan nutrien tambahan yang tiada tandingan keberkesanannya.

Fungsi Utama CNI Young Intelmax 

1. Meningkatkan daya ingatan   

Kekurangan nutrien atau nutrien tidak seimbang yang sering berlaku pada otak boleh merencatkan pertumbuhan sel-sel otak, malah menyebabkan sel-sel otak mengalami penuaan dan degenerasi sehingga menjejaskan fungsi penghantaran mesej saraf otak. Dalam keadaan ini, serebrum tidak dapat menerima mesej dengan cekap dan tidak berupaya menafsir kod-kod mesej dan menyimpan mesej, lebih-lebih lagi “ mencatatkan” ingatan dengan berkesan. Salah satu fungsi ternyata CNI Young Intelmax ialah meningkatkan daya ingatan. Bahan-bahan yang digunakan seperti isi rong walnut dan Chinese Wolfberry mengandungi pelbagai asid amino, vitamin dan kaya dengan fosforus. Zat besi dan unsur surih lain dan bahan-bahan seperti asid linoleik, pentosan dan pilosakarida yang lain juga berkhasiat kepda kesihatan otak. Semua bahan ini berupaya meningkatkan paras chefalin, merangsang aktiviti saraf otak agar otak sentiasa berada dalam keadaan segar dan cergas, mengingkatkan daya kesensitifan penerimaan mesej dan penyimpanan ingatan serta seterusnya meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar.
2. Meningkatakan daya tumpuan

Dalam proses pembelajaran, keupayaan kita menumpukan perhatian banyak bergantung kepada sejauh manakah diri kita dipengaruhi oleh emosi. Daya tumpuan kita sebenarnya dikawal oleh neurotransmitter. Pembekalan nutrien yang mencukupi kepada neurotransmitter utama membolehkan kita memusatkan perhatian dan berasa aman dan tenang. Ramiuan CNI Young Intelmax: Lily bulb, Jujube Seed, Hoelen dapat menentang keletihan, meningkatkan daya tahan kekurangan oksigen, menenangkan minda dan saraf, meningkatkan daya tumpuan dan daya imun.

3. Meningkatan kecergasan otak 

Bekalan darah  dan oksigen yang mencukupi kepada otak membolehkan otak berfungsi dengan cergas. Otak yang cergas pula memperkukuhkan daya tumpuan dan daya ingatan. Tekanan pembelajaran, pekerjaan dan kehidupan menyebabkan “bahan api” dalam badan kita resap begitu cepat. Otak menjadi “lapar” (kekurangan nutrien), lesu dan hilang daya tumpuan sehingga menjejaskan daya kognitif kita. Ramuan CNI Young Intelmax: Lily bulb, Jujube Seed , isi longan, hoelen dan glukosa berkhasiat melawan keletihan, meningkatkan daya tahan kekurangan oksigen, menambah bekalan darah kepada otak dan meningkatkan paras tenaga dalam otak agar otak kita sentiasa berasa dalam keadaan segar dan cergas.



Saranan


Kanak-kanak: sehari 2 tablet

Dewasa: Sehari 4 tablet 

HARGA

Well3 Young Intelmax (30's)
(WM) RM85.30
(EM) RM85.30


Well3 Young Intelmax (60's)
(WM) RM164.00
(EM) RM164.00


TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN


CALL/SMS/WHATSAPP/WECHAT
011-23159070 (ABU BAKAR)

Well3 Ester-c




KKLIU 1578/2009/I
 

  • Ester C calcium ascorbate adalah sejenis vitamin C yang mudah diserap, disimpan di dalam badan dan mempunyai kadar serapan yang lebih tinggi berbanding vitamin C biasa.  
  • Vitamin C adalah zat penting kepada badan. Setiap tablet CNI Ester C mengandungi 500mg vitamin C, bersamaan 833% US RDA, seterusnya memastikan badan kita menerima vitamin C yang secukupnya.  
  • Vitamin C membantu mengekalkan kesihatan tulang, gigi, gusi serta kesihatan am tubuh badan. 
  • Setiap tablet Ester C juga mengandungi 60mg kalsium sebagai nilai zat tambahan. Kalsium memang terkenal dalam membantu pembentukan dan pemeliharaan tulang dan gigi. Penyerapan kalsium adalah lebih baik dengan kehadiran vitamin C. 

 Khasiat produk :

  • Tingkatkanimunisasi, rangsang penghasilan sel-sel imun, antibodi. Berkesan melawan jangkitan bakteria, virus, dan kulat, serta mengurangkan alergi
  • Bersifat anti-pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas
  • Kuatkan tisu penghubung, bersifat anti- penuaan, cepatkan pemulihan luka, kuatkan struktur sendi dan kekalkan keanjalan salur darah.
  • Tingkatkan penyerapan mineral dan zatbesi, bekalkan kalsium tambahan kepada tubuh dan aktifkan asid folik dalam tubuh
  • Kurangkan stres, rangsang penghasilan hormon anti-stres dan kawalatu rsistem saraf pusat.
  • Rangsang penghasilan kolagen

Cara Pengambilan:

1 biji, 2 kali sehari


Pembungkusan:  

 
60 tablet / kotak

HARGA:



WM) RM56.40

(EM) RM56.40

 TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN

CALL/SMS/WATSAPP/WECHAT

0132913847 (ABU BAKAR)