
| | | |
Aras 1: Bijirin, produk bijirin dan ubi | - Sumber karbohidrat kompleks yang baik
- Membekalkan vitamin, mineral, serat dan protein
- Rendah lemak
| 8 - 12 sajian | - 1/2 cawan nasi (putih atau perang)
- 1/2cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
- 1/2 keping capati
- 1/2 cawan keledek/ubi kayu/keladi
|
Aras 2: Buah-buahan dan sayur-sayuran | - Sumber vitamin, mineral dan serat yang baik
| 3 - 5 sajian | Sayur-sayuran: - 1/2cawan sayur berdaun hijau tua bersama batangnya (dimasak)
- 1/2 cawan sayur buah/berakar (dimasak)
Buah-buahan: - 1/2 cawan jambu berukuran sederhana
- 1 hiris betik/nanas
|
Aras 3: Susu dan hasil tenusu (kecuali susu pekat, mentega dan krim)
Ikan, ayam, daging dan kekacang | - Sumber kalsium yang baik
- Sumber protein yang penting
- Sumber protein yang baik
- Kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink
- Kekacang juga kaya dengan magnesium dan serat
|
1 - 2 sajian
2 - 3 sajian | - 1 gelas susu
- 1 cawan dadih
- 1 keping keju
- 1 ketul paha ayam saiz sederhana
- 1 ekor ikan kembong saiz sederhana
- 2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
- 5 sudu besar ikan bilis
- 2 biji telur
- 1/2 cawan kacang kering/kekacang
|
Aras 4: Lemak, minyak, gula dan garam | - Lemak dan minyak mengandungi asid lemak (EFAs) dan vitamin A, D, E dan K
- Gula (Contoh: madu, gula pasir, sirap, gula perang dan glukosa) memberi kalori yang sedikit atau tiada zat
| Jumlah sedikit |
|
Makanan di bawah ini diutamakan kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral, gentian dan komponen lain yang penting untuk kesihatan.
Beras, oat, barli, jagung, sekoi, gandum dan produk masing-masing adalah sumber tenaga dan protein yang bagus. Produk bijirin-penuh mengandungi lebih zat besi, fosforus, vitamin B (tiamin, niasin & riboflavin) dan gentian.
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya – yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempeh, protein sayuran bertekstur dan taugeh.
Setiap hari, cuba pilih sekurang-kurangnya satu jenis buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A atau karotenoid. Sumber yang baik adalah sayur-sayuran hijau (sawi, bayam dan kailan), lobak, tomato, keledek, mangga, betik atau tembikai. Juga, cuba makan satu pilihan yang kaya dengan vitamin C setiap hari. Pilihan boleh termasuk jambu, betik, oren, mangga atau belimbing. Untuk mendapat asid folik, makanlah sayuran hijau, kacang pea, kacang bendi dan jagung manis.