Sunday, 15 May 2011

Well3 Noni Juice



Radikal bebas merupakan unsur kimia yang boleh merosakkan tubuh kerana ia mempercepatkan proses penuaan dan mengaktifkan sel-sel kanser.
Radikal bebas berpunca daripada pendedahan melampau kepada cahaya matahari serta penggunaan barangan elektronik seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, radio dan lain-lain lagi.
CNI Noni Juice mampu menyingkirkan radikal bebas dari tubuh badan kerana ia tinggi dengan kandungan antioksida. Campuran ekstrak buah dan daun noni yang mengandungi pelbagai nutrien mampu merencatkan penghasilan radikal bebas dan mengawalatur organ-organ tubuh bagi memastikan tubuh sentiasa sihat.
  • Boleh diambil secara terus
  • Menggalakkan sistem imun dan mengawal fungsi optimum badan
  • Mengandungi Xeronine bagi mengaktifkan enzim dan memperbesarkan liang membran sel bagi penyerapan nutrien optimum
  • Daun Noni mempunyai bahan antioksidan bagi melawan radikal bebas; mengandungi asid amino, fitonutrien dan bioflavonoid bagi menguatkan daya ketahanan sel
  • Jus anggur hitam semula jadi ditambah bagi membekalkan vitamin C dan menyedapkan rasa keseluruhan
  • Mengandungi 100% jus noni, ekstrak daun noni dan jus anggur hitam
  • Isi kandungan : 330ml


Cara Pengunaan :

  • Kanak-kanak : 1-2 sudu kecil/hari
  • Dewasa : 2-4 sude besar/hari

Monday, 21 March 2011

WELL3 Organik Vegetable Powder


  • Makanan organik diimport dari Amerika Syarikat
  • Mengandungi 70% serat biji-bijian dan & 30% serat daripada sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Serat boleh bertambah saiz sehingga 30 ke 50 kali lebih besar daripada saiz asal bagi menyerap sisa toksin dengan berkesan
  • Mengandungi serat larut air bagi menyingkirkan toksin dalam darah serta serat tak larut bagi merangsang pergerakan usus.
  • Mengambilnya sebelum makan akan mengisi 1/3 ruang perut bagi membolehkan pengawalan jumlah makanan, memelihara bentuk badan dan membantu pengurangan berat badan
Keistimewaan
  • Setiap kandungannya mempunyai kadar nutrien yang tinggi, bebas daripada pencemaran dan toksin kerana ditanam di atas tanag yang dibiarkan selama 2 hingga 7 tahun tanpa menggunakan baja kimia atau racun serangga semasa proces penanaman.
  • Tidak mengandungi bahan pengawet, bahan penstabil, pewarna dan perisa tiruan, garam, gula dan kanji.
  • Kaya dengan pengemulsi, enzim penghadaman, serat serta bebas lemak dan hanya membekalkan 30 kalori bagi setiap penagambilan.
Cara penggunaan:
  • Diminum 1-3 kali sehari. Campur 1 paket ke dalam air sejuk (200ml). Kacau dan minum segera.
  • Jangan gunakan air panas supaya tidak berketul.

Pembungkusan:
  • 8g x 15 batang
HARGA

(WM) RM55.20
(EM) RM55.20


TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN

CALL/SMS/WATSAPP/WECHAT 
013 - 2913847 (ABU BAKAR)  




Maklumat Tambahan :







Wednesday, 5 January 2011

Well 3 Royal Pollen Plus


Debunga adalah hasil yang dikutip oleh lebah madu daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan.Debunga lebah kayadengan vitamin, terutamanya pelbagai jenis vitamin B dan sedikit kandungan garam galian, asid amino dan enzim-enzim.

Walau bagaimanapun, lokasi serta sumber debunga diperolehi akan menyebabkan jumlah kandungan vitamin dan garam galian berbeza-beza.

Ciri-ciri Unggul Well3 Royal Pollen Plus:


  • Debunga produk kami diperolehi daripada bunga canola di sekitar Tasik QingHai di Penara Tibet yang terkenal dengan persekitarannya yang terpelihara. Debunga canola kaya dengan khasiat protein dan lemak berguna.


  • Well3 Royal Pollen Plus menggunakan teknologi Nano bagi menghasilkan debunga bersaiz nano. Ini membantu meluaskan kawasan permukaan biji debunga untuk meningkatkan serapan.


  • Ginseng telah dibuktikan secara saintifik dapat membantu mengurangkan kepenatan, menambah daya ketahanan dan memperbaiki koordinasi serta masa tindakbalas kerana keupayaannya mengawalatur sistem saraf utama.

Bungkusan : 300mg x 60 capsules

Harga :
 RM75.60(EM) RM75.60

Menyingkap Sumber Keremajaan

Well3 Royal Propolis

Protein, asid amino, vitamin, garam galian dan flavonoid yang terdapat dalam propolis menjadikannya suplemen kesihatan lengkap yang ideal untuk kesihatan optima. Propolis turut dipercayai memberi kesan anti-mikrob dan anti-radang.


Ciri-ciri unggul Well3 Royal Propolis :

Ekstraksi Superkritikal CO2

Superkritikal CO2 adalah kaedah ekstraksi baru yang menjimatkan tenaga dengan kesan yang kurang kepada persekitaran. Proses ini secara relatifnya menggunakan suhu yang rendah dan kestabilan CO2 membolehkan kebanyakan sebatian yang diekstrak mempunyai risiko yang rendah terhadap kerosakan atau ternyahasli. Kaedah ekstraksi CO2 turut menjana lebih banyak hasil dan kepekatan ekstrak yang lebih tinggi.

Berbentuk Cecair

Propolis wujud secara semula jadi dalam bentuk pepejal keras yang terdiri daripada damar tumbuh-tumbuhan, lilin, madu dan enzim. Ia digunakan oleh lebah untuk mengukuhkan kain serta memperbaiki struktur sarang lebah. Beberapa bahan aktif dalam propolis masih tidak dapat diserap oleh badan yang sihat walau pun ia diubah menjadi serbuk. Propolis berbentuk cecair adalah yang terbaik untuk digunakan badan secara maksima.

Bungkusan : 250mg x 60 softgel

Propolis dan Manfaatnya Kepada Tubuh Badan

Tuesday, 30 November 2010

Well3 IgMax Chewable Colostrum


    Tablet Susu Kolostrum IgMax CNI menggunakan kolostrum yang mengandungi 15% IgG diekstrak daripada lembu yang bebas dari hormon rBST melalui proses pempasteuran pancaran dan rendah haba, sembur kering rendah haba dan pengaglomeratan untuk mengekalkan zat aslinya. Kolostrum dari New Zealand mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang tinggi dan diiktirafkan menerusi Sijil Kesihatan Kualiti Tinggi & Sijil Bebas (penyakit lembu) oleh NZ Ministry of Agriculture and Forestry serta Sijil Hala oleh NZ Islamic Meat Management.
  • Tablet susu kolostrum boleh kunyah
  • Mengandungi faktor imun bagi mempertingkatkan daya ketahanan badan
  • Terdiri daripada faktor pertumbuhan yang merangsang pertumbuhan normal dan melambatkan proses penuaan.
  • Omega 3 : mengandungi DHA dan EPA bagi menambah pembangunan otak dan daya penglihatan
  • Kalsium bagi menggalakkan pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat.
  • 120 tablet x 600mg
Cara penggunaan:
Kanak-kanak : 2 tablet setiap hari
Dewasa : 4-8 tablet setiap hari

Maklumat tambahan:
Sebaik-baiknya diamalkan sebelum makan


RM43.20 (EM) RM45.00
 
Boleh Juga Lihat:

Kesihatan untuk anak anda

Saturday, 27 November 2010

Simanis Honey Apple Kiwi Juice


Simanis BARU yang segar


Keluarga terbaru siri Simanis sudah pun tiba iaitu Simanis Honey Apple Kiwi Juice.
Gabungan rasa masam manis dari epal dan kiwi pasti menyegarkan tubuh serta menghilangkan dahaga. Madu, epal dan kiwi mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh seperti tenaga segera, vitamin C serta sumber serat yang bagus untuk tubuh kita. Selain dari itu Simanis Honey Apple Kiwi juga mengandungi Ester C (sumber antioksida), vitamin B1 dan B6. Kesemua kandungan ini memberi nilai yang lebih kepada tubuh kita.

Nikmati Simanis Honey Apple Kiwi Juice hari ini.


Tip-tip Simanis:


1. Goncang sebelum bancuh.
2. Simpan di dalam peti sejuk atau di tempat yang
    kering selepas dibuka.
3. Elakkan dari terdedah kepada cahaya kerana jika ini
    berlaku proses pengoksidaan akan berlaku dimana  
    warna Simanis akan bertukar.
4. Boleh dicampur bersama Organik CNI atau mana-
    mana variasi Si manis sebagai ‘punch’.


RM14.20 (EM) RM14.80
Ais KisarSimanis



Bahan-bahan
Pati Jus Simanis
(Mango, Orange, Blackcurrant, Haw, Honey Apple & Kiwi)
60ml
Air100ml
Ketulan Ais1 ½ cawan
Cara Penyediaan
1. Kisarkan semua bahan – bahan sehingga sebati.
2. Tuangkan ke dalam gelas dan hias dengan hirisan

    buah – buahan.


Pati jus Simanis mengandungi kebaikan jus buah – buahan semulajadi , vitamin B1, B6 dan Ester – C.

Up Gold Soya


    Up Gold Soya adalah bersumber kacang soya organik yang tumbuh subur di tanah hitam dan cuaca ideal Heilong Jiang, Negeri China.
    Kacang soya, atau saintifiknya Glycine max Merrill, ditemui buat pertama kalinya di negeri China berpuluh-puluh ribu tahun dahulu, tumbuh subur sepanjang tahun dan membekalkan protein and lemak yang hanya terdapat dalam daging binatang. Namun berbeza dengan protein dan lemak binatang, kacang soya bebas kolesterol and kalorinya sungguh rendah. Justeru itu, ia dinamakan sebagai " daging sayur" oleh pakar-pakar nutrien.
  • Up Gold Soya diperbuat daripada kacang soya organik, bebas bahan kimia, bahan tambahan, pengawet dan warna tiruan
  • Mengandungi deglycosided isoflavones daripada kacang soya organik yang sangat aktif dan bersaiz molekul lebih kecil bersifat bioaktif serta lebih mudah diserap oleh tubuh badan
  • Mudah dibawa ke mana-mana dan mudah dibancuh
     
Cara penggunaan:
Bancuh dengan air suam. Mudah larut, wangi dan sedap diminum.

    Pembungkusan:
  • 20 batang x 25g
RM33.60 (EM) RM34.20

Soya Shake


Bahan - Bahan
Gold Soya 1 batang (25g)
Air Sejuk 150ml
Well3 Organik 1 batang / 2 sudu (8g)
atau
Well3 Life Enzyme 1 paket kecil (4g)
atau
Well3 Lyophilized Royal Jelly 1 paket kecil (500g)

Cara Penyediaan
Goncangkan Gold Soya dengan Organik sehingga sebati bersama air sejuk,sebaik – baiknya gunakan CNI Shaker.
Secara alternative, anda boleh menggantikan Organik dengan Life Enzyme atau Lyophilized Royal Jelly.


Friday, 12 November 2010

Up Tea Teh Halia Ginseng




  • Dirumus daripada teh hitam bermutu, halia dan ekstrak ginseng
  • Minuman pilihan bagi mereka yang mahukan kepuasan di samping memelihara kesihatan
20 paket kecil x 18g

Harga: 

RP(WM) RM24.40
RP(EM) RM24.90
 


UP Café Suri Coffee



Minuman kopi khas untuk Wanita


Up Café Suri Coffee ialah minuman eksklusif bagi wanita yang menggabungkan 6 herba dalam 1. Herba tersebut adalah ginseng, radix angelicae, radix puerariae, manjakani, kacip Fatimah dan kunyit. Diadun bersama kopi terpilih bergred PREMIUM bagi memberi rasa yang unik dan menarik serta aroma memikat bagi memenuhi citarasa wanita zaman moden yang menggemari kopi. Di bawah penjenamaan Up Café, pastinya Up Café Suri Coffee meningkatkan semangat para wanita!

Pembungkusan:

20 stik x 20g

RM25.20 (EM) RM26.20